Pemasaran Sukan Olimpik Musim Panas 2024

Logo

Logo Paris 2024 telah diumumkan pada pukul 20:24[40], 21 Oktober 2019 di Grand Rex, panggung wayang yang terbesar di Eropah.[41][42] Buat kali yang pertama, logo yang sama digunakan untuk Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik, hal ini melambangkan kedua-dua temasya sukan ini adalah satu projek yang sama dan mempunyai cita-cita yang sama.[43] Reka bentuk logo tersebut adalah berilhamkan gerakan Art Deco yang menjadi popular semasa 1924, iaitu semasa Paris menganjurkan Sukan Olimpik terakhinya sebelum Sukan Olimpik 2024. Logo tersebut menampilkan tiga simbol ikonik: pingat emas Olimpik, Marianne, personifikasi kebangsaan Perancis dan ikon kebebasan sejak zaman Revolusi Perancis 1789, serta api Olimpik, yang terbentuk di ruang negatif rambut Marianne.

Selain itu, wajah seorang figura perempuan juga memberikan penghormatan kepada Sukan Olimpik 1900 (turut dianjurkan di Paris) yang merupakan kali pertama peserta wanita dibenarkan untuk bertanding dalam Sukan Olimpik. [40] Penekanan kepada wajah manusia juga menyampaikan mesej bahawa "orang" merupakan fokus utama edisi Sukan Olimpik ini.[41] Logo ini direka bentuk oleh syarikat Royalties Eco-Branding.[44]

Logo ini telah dikritik oleh orang ramai kerana reka bentuknya serupa dengan logo aplikasi memikat isteri atau salon rambut,[45][46] ada netizen pula mengibaratkannya dengan meme Karen yang merebak di media sosial atau gaya rambut seseorang selebriti.[47] Walaupun demikian, sebuah kajian mengatakan bahawa sebanyak 83% penduduk Paris yang menggemari reka bentuk logo ini.[48]

Tipografi Paris 2024 juga mendapat inspirasi daripada gaya fon Art Deco dan ketebalannya boleh diubah suai mengikut keperluan. Reka bentuknya juga bersifat mesra alam kerana aksara-aksaranya disusun secara rapat untuk menjimat kertas dan dakwat.[49] Selain itu, fail fon tersebut juga lebih menjimatkan penggunaan tenaga elektrik walaupun mempunyai pelbagai variasi.[49] Dari segi penggunaan warna pula, warna hitam telah digunakan sebagai warna utama dan warna latar belakang dalam media digital untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik, manakala warna putih dijadikan sebagai warna dominan dalam media cetak untuk menjimatkan penggunaan dakwat.[43]

  • Warna utama:             
  • Warna sekunder:                                 

Penaja

Senarai Penaja Sukan Olimpik Musim Panas 2024[50]
Rakan kongsi Olimpik sedunia:
Rakan kongsi premium:
Rakan kongsi rasmi:

Rujukan

WikiPedia: Sukan Olimpik Musim Panas 2024 http://www.abc.net.au/news/2017-08-01/paris-set-to... http://gamesbids.com/eng/summer-olympic-bids/2024-... http://www.sportspromedia.com/news/report-ard-and-... http://www.sportspromedia.com/news/wednesdays-dail... http://hungarytoday.hu/news/hungarian-public-telev... http://www.olympic.org/news/ioc-awards-2018-2024-b... http://www.olympic.org/news/ioc-awards-2018-2024-b... http://www.olympic.org/news/ioc-awards-2018-2024-b... http://www.olympic.org/news/ioc-awards-2018-2024-b... http://www.olympic.org/news/ioc-awards-2018-2024-b...